Sunday, December 18, 2011

Kesedihan harian yang dapat dielakkan

Minda kurang aktif?
 >Jangan terlebih tidur
>Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
>Banyakkan bersenam

Teringat kisah yang lalu yang menyedihkan atau memalukan
>Adakah dengan memikirkannya dapat mengubah apa yang telah terjadi? Teruskan hari anda dengan melakukan perkara yang bermanfaat.

Merasa kurang yakin
> Banyakkan membaca buku-buku motivasi atau menonton video yang dapat mengembalikan keyakinan diri.
> Jika orang lain boleh buat, kenapa tidak anda?
>Jangan terlalu kerap menyendiri, keterbiasaan berkomunikasi dengan orang lain boleh meningkatkan keyakinan diri

Merasakan diri banyak berbuat dosa
> Jika perbuatan dosa masih dilakukan, berusahalah untuk menghentikannya, kerana inilah antara faktor utama kesedihan melanda.
> Pilihlah kawan yang soleh yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, itulah perkara yang utama.
>Jangan bersedih dengan dosa yang telah dilakukan, bersedih cuma membuat semangat lemah, tidak dinafikan merasa sedih memang perlu supaya kita tidak berbuat kesalahan yang sama lagi, tetapi janganlah berpanjangan dan melarat. Ingatlah, selagi matahari tidak terbit dari barat, nyawa belum dicabut sampai di kerongkong, Allah tetap akan mengampunkan dosa kita selagi kita mahu untuk bertaubat dan meminta ampun InsyaAllah.

Kurangkan kesedihan dengan
>menjaga kebersihan. Lumrah manusia ialah suka kepada kebersihan, diri dan persekitaran, yang membezakan seorang dengan yang lainnya ialah usahanya untuk mengekalkan kebersihan, dirinya dan persekitaran. Kebersihan memainkan peranan terhadap perasaan anda. Pada saat anda membuka mata pada hari yang baru, kelihatan bilik yang sangat bersih dan kemas ditambah dengan aromanya yang wangi, sudah tentu hati merasa tenang, dan kesedihan sedikit sebanyak mungkin dapat dihindarkan.

Elakkan berhutang
>Inilah antara salah satu perkara yang sangat menekan jiwa, sehinggakan seseorang  lupa akan keindahan yang terdapat di dunia ini. Cara untuk elakkannya, pastikan anda cermat dalam berbelanja, beli yang perlu sahaja dan jangan lupa menabung.

Utamakan yang lebih utama
>Jangan merasakan yang kita mampu melakukan perkara diluar kemampuan kita, contohnya, pelajar di universiti. Memang aktiviti luar akademik perlu untuk membentuk diri seperti berpersatuan. Tetapi janganlah keterlibatan kita dalam berpersatuan menyebabkan tujuan utama, iaitu belajar diabaikan. Jika kita gagal menghabiskan pelajaran, tumpas di tengah jalan, maka bersedialah menghadapi kesedihan dan penyesalan yang mungkin tidak berpenghujung.

Berani untuk katakan tidak
>Jika ada sahabat mengajak anda menonton wayang sedangkan anda sedang berada dalam minggu peperiksaan, jika ada sahabat meminta anda untuk membelanjakannya maka sedangkan pada masa itu anda kesempitan wang, jika ada sahabat menyuruh anda membuat sesuatu sedangkan ada perkara yang lebih penting yang anda perlu selesaikan, beranikanlah diri anda untuk katakan tidak. Bukanlah maksudnya untuk mengajak anda mementingkan diri sendiri tetapi pastikan anda tahu perkara yang lebih utama yang anda perlu selesaikan dan supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Di sudut yang lain pula kita juga kena prihatin tentang sahabat kita supaya kita tidak mengganggunya pada ketika dia mempunyai perkara yang lebih utama yang dia perlu selesaikan.

Jangan biarkan masa berlalu dengan sia-sia
>Jika anda sudah berumur lanjut, mungkin  anda akan menoleh kebelakang dan memikirkan bahawa jika anda menggunakan masa muda dengan penuh berhemah dan sangat bermanfaat, sudah tentu nasib anda jauh lebih baik daripada sekarang. Memang nasib seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah swt, tetapi Allah juga memberi kita pilihan dan peluang untuk menentukan nasib kita sendiri. Sekaranglah masanya anda untuk tekun menggunakan setiap saat yang ada dengan melaburkan usaha-usaha supaya saham-saham pada masa kelak akan meningkat berlipat kali ganda.

Monday, September 19, 2011

Usrah Perkepis

Usrah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) 19 Syawal 1432H/17-09-2011
Masjid as-Syakirin, KLCC

1.Tazkirah

  • Hendaklah sentiasa cuba memperbaiki/memperbaharui niat
  • Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’
  • Melakukan amalan kerana manusia adalah syirik
  • Ikhlas bebas daripada dua perkara di atas
  • Contoh kisah tentang seorang muslimin yang sedang solat di perkarangan masjid, rakaat pertama dan kedua dibuat dengan laju, ada sekumpulan pelancong dari luar negara yang sedang melawat masjid tersebut datang megerumuninya bersama dengan pemandu pelancong sambil menjelaskan apa yang dibuat oleh muslimin tersebut satu persatu. Maka muslimin tersebut meperlahankan solatnya pada rakaat ketiga dan keempat seolah-olah itulah rakaat yang paling lama dia pernah buat. Kisah ini merupakan contoh beramal kerana manusia.
  • Ketika niat diuji, jangan tinggalkan amalan yang sedang dibuat, tetapi minta kepada Allah kelapangan dada supaya kita beramal hanya kerana Allah.
  • Ikhlas tidak semestinya diperoleh ketika baru mula berbuat kebaikan, kita kena paksa diri untuk melakukan kebaikan, ikhlas akan datang jika kita sudah biasa melakukannya.
  • Niat harus disusuli dengan perancangan yang mantap. Contohnya ketika kita pasang niat untuk belajar, pastikan kita tidur awal/cukup2 sekiranya keesokan hari ada lecture. Jika kita mengaku kita berniat untuk belajar tetapi tidur lewat menunjukkan kita belum sungguh-sungguh dalam berniat.

2. Perkongsian buku “Adab dan doa menuntut ilmu”

  • Bebaskan diri daripada sifat/perbuatan tercela.
  • Berniat menuntut ilmu kerana Allah semata-mata
  • Kurangkan/elakkan melakukan perkara yang kurang penting/sia-sia (seperti main permainan video).
  • Jaga adab dengan guru
  • Mencari manfaat di mana sahaja kita berada
  • Menjaga masa sebaik-baik mungkin
  • Sedikit makan dan kurang tidur
  • Berkorban masa dan tenaga untuk menuntut ilmu

Perkongsian tambahan
-Tips belajar (perspektif sains)

  • Mengetahui cara otak mengingat
  • Immediate memory (beberapa saat-minit) -> Short term (~12 hours, direkemen untuk mengulangkaji kuliah yang telah dihadiri dalam jangka masa ini) ->long term (limbic system, brmaksud ilmu yang disertai dengan perasaan lebih diingat lama) -> knowledge (ilmu yang bermakna, dikongsi, dipraktik)
  • How much you retain knowledge depends on what you eat and time of resting
  • Badan perlu dalam kegelapan ketika tidur
  • Makanan yang terbaik ialah sederhana
  • Develop a habit of acquiring knowledge ( contoh, para ulama memakai wangian sebelum menuntut ilmu, menyediakan badan untuk menerima ilmu, menyeragamkan masa tidur/belajar setiap hari supaya tidak berserabut/haywire)
  • Try to be expressive in your profession, can share what you know and master
  • Be competent in profession

Friday, May 6, 2011

Bersangka baik amalan mulia~

       Berjalan aku seorang diri, daripada tempat mengaji al-Quran di rumah guruku ke rumahku. Jam tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. Dalam perjalanan, aku terlihat seorang lelaki sedang memegang tangan seorang perempuan, mesra lagi tu. Kedua-duanya masih remaja. Aku pun teringat kata-kata guruku bahawa perempuan haram disentuh oleh lelaki. Mereka berdua berjalan berlawanan arah denganku. Ketika berselisih, aku menjeling mereka berdua dengan tajam.

      Setelah sampai ke rumah, aku pun menceritakan hal tersebut kepada ayahku yang baru balik dari kebun. Ayahku yang masih bermandi peluh tersenyum mendengar ceritaku.
       
      "Kau pasti mereka berdua bukan muhrim?" tanya ayahku.

Aku pun terdiam sejenak. Ayahku menyambung kata-katanya.
     
      "Janganlah kita cepat bersangka buruk terhadap orang lain, banyak sudut kita kena ambil kira jika kita melihat orang lain seolah-olah melakukan perkara yang tidak baik di mata kita. Mahu ayah ceritakan suatu kisah berkenaan pentingnya baik sangka?"

      "Sudah tentu!" kataku spontan.

      "Ini bukanlah kisah benar, cuma rekaan ayah semata-mata. Ada satu kisah tentang seorang penjual kain bernama Abu di suatu tempat di tanah Arab. Ketika musim berdagang, dia akan berjalan selama lebih kurang 1 minggu untuk sampai ke tempat perniagaan, di bawah matahari yang memancarkan habanya yang sangat panas, meninggalkan isteri dan anak-anak yang tersayang. Apabila sampai ke tempat dia menjual kain bersama dengan keldainya yang membawa barangannya, dia pun menyusun semua kain yang dibawanya di atas meja. Bukan dia seorang sahaja yang berniaga di situ, bahkan ramai lagi yang lain mengambil peluang berniaga di tempat itu dengan pelbagai jenis barang jualan. Ini kerana tempat tersebut menjadi tumpuan ramai kerana tanahnya yang subur dan adanya sumber air bawah tanah yang banyak. Abu merupakan seorang peniaga yang sentiasa bersangka baik. Dia sentiasa memikirkan yang setiap kesukaran yang dia hadapi pasti ada hikmahnya. Ada seorang yang berniaga di sebelahnya, merupakan seorang yang pesimis. Ada saja yang tidak kena di matanya. Hatinya selalu tidak tenang. Apabila jualannya tidak laku, Pasti dia akan marah-marah orang lain termasuk Abu.

      "Abu! apa yang kau buat sehingga tidak ada seorang pun yang membeli barangan daripada aku. Mesti kau menghasut mereka semua, menyebarkan fitnah!"

       "Sabarlah Othman, Janganlah kau tuduh orang lain sembarangan, Tidak pernah pun aku buat macam tu. Kau kena bersabar, memang macam itu nasib orang berniaga. Mesti kena bersusah-susah dahulu, baru boleh untung. Kita kena bersabar, dan jangan lupa sentiasa berharap dan bersangka baik kepada Allah." kata Abu untuk menasihatinya.

Padahal sebab yang sebenar tidak ada seorang pun yang membeli barangannya ialah kerana mukanya yang sentiasa masam, tambahan dia, Othman, memaksa orang untuk singgah di gerainya dengan nada yang garang. Sudah tentulah orang tidak mahu singgah, ayah pun tidak mahu".

         "Bagaimana dengan Abu, adakah jualannya laku?" Tanyaku setelah hanya menjadi pendengar.
        
         "Abu pun tidaklah dapat menjual barangannya dengan baik, sebab banyak gerai-gerai yang lain yang berada di sekitar menjual kain yang berkualiti jauh lebih tinggi daripada kainnya. Tetapi Abu sentiasa optimis.

         "Mungkin rezekiku bukanlah pada menjual kain. Aku kena mencari ikhtiar lain supaya aku boleh menanggung nafkah isteri dan anak-anakku." kata Abu sambil tersenyum. Dia tahu bahawa nasibnya sudah ditentukan oleh Allah, Sebaik-baik Perancang. Pasti kesusahan yang dia hadapi akan dibalas dengan kebaikan. Jika tidak di dunia, balasan akhirat pun sudah sangat membahagiakan"

         "Wah, hebatnya semangat Abu, walaupun kehidupannya sangat susah, tetapi dia tetap masih mampu tersenyum." Kataku

         "Ya, begitulah sepatutnya kita, sebagai orang muslim, kita sepatutnya bersangka baik, bersangka baik yang paling utama ialah bersangka baik kepada Allah," kata ayahku membenarkan kata-kataku.

         "Apa yang terjadi kepada Abu selepas itu?" tanyaku, tidak sabar untuk mengetahui nasib Abu selepas itu.

         "Abu bercadang untuk membuat tempat untuk menternak ikan. Pada masa itu, di daerah di mana Abu menetap bersama keluarganya, tiada seorang pun yang menternak ikan, kerana pada masa itu kepakaran tidak ada di tempatnya. Amat sukar sekali untuk menemukan orang yang pandai menternak ikan. Jadi sudah pasti ada orang mengkritik Abu apabila dia mahu memulakan bidang tersebut.

        "Wahai si bodoh, kau tahu bagaimana untuk menternak ikan? Orang papa kedana macam kau ni lebih baik buat seperti orang fakir lain buat, jadi pengemis. Janganlah kau mahu berlagak!"

        "Janganlah kau risau, Aku cuma berikhtiar supaya nafkah keluargaku dapat ku tanggung. Jika tidak berjaya maka aku akan cari ikhtiar yang lain," Abu sebenarnya pernah belajar sedikit sebanyak tentang ilmu penternakan daripada seorang yang ditemuinya di tempat dia berniaga dahulu. Itulah salah satu kebaikan apabila kita baik dengan pelanggan.
   
        Setelah beberapa tahun berlalu, bidang yang diceburinya amat berjaya, banyak ikan yang dapat diternaknya. Sudah tentu pelanggannya juga banyak. Abu amat bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakannya tezeki yang membantunya menyara keluarganya. Dia juga merupakan seorang yang sangat pemurah, selalu membantu orang yang kesusahan. Orang yang mengkritiknya dahulu ketika dia ingin mula menternak ikan datang kepadanya untuk menawarkan diri untuk menjadi pekerjanya. Abu dengan sifat bersangka baiknya percaya bahawa orang tersebut telah berubah menjadi orang yang baik dan bersetuju mengambilnya bekerja."

         "MashaAllah, segala pujian hanya untuk Allah, jika Allah mengurniakan saya sifat seperti Abu pasti saya akan berjaya di dunia dan akhirat", kataku kepada ayahku.

        "InsyaAllah, kamu kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, jangan biarkan  manusia menjadi penghalang usaha kamu selagi kamu yakin bahawa apa yang kamu usahakan selari dengan kehendak Allah, yang pasti menguntungkan kita. Antara perkara penting untuk berjaya, pastikan kamu sentiasa bersangka baik sesama manusia, pasti hati kita tenang", ayahku sangat pandai memberi nasihat padaku. Semoga Allah memberikan balasan yang terbaik untuk ayahku. Jika aku sentiasa berbaik sangka kepada Allah, sudah tentu sesama manusia juga aku akan berbaik sangka.

Thursday, May 5, 2011

Tegurlah aku dengan baik~

             "Hei! Ko tau tak yang dating ni berdosa, boleh menyebabkan zina ko tau tak, atau memang ko dah....", tegur seorang yang berserban dan berpakaian jubah dengan suara yang nyaring kepadaku di depan orang yang lalu lalang.

            Dalam fikiranku masa itu seolah-olah hendak mencekiknya dan menumbuknya sekuat hati. Alangkah sakitnya hati apabila ditegur sebegitu rupa di depan orang ramai, aku hanya mampu diam menahan pedih di hati supaya keadaan tidak bertambah buruk. Teman wanitaku masa itu hampir menjerit marah tetapi aku menahannya.

            Aku kenal orang yang menegurku itu, dia pelajar satu kuliah dengan aku. Dia juga merupakan orang yang memegang jawatan tinggi dalam majlis perwakilan pelajar di universiti kami. Tetapi, sedikit pun aku tidak ada rasa hormat pun akan dia apatah lagi selepas kejadian tersebut.

           Aku pada masa itu, iman sangat lemah. Insiden itu menyebabkan aku lebih sakit hati untuk menjadi 'alim. Solat kadang-kadang saja buat. Mengumpat sudah menjadi perkara biasa. Aku selalu bersangka buruk terhadap orang-orang yang nampak 'alim.

          Hari berlalu seperti biasa, pada ketika aku berjalan menuju ke kafe untuk makan tengahari, tiba-tiba seorang lelaki lebih kurang sebaya aku memanggilku.

          "Assalamualaikum Naz! Lama tak jumpa!".
          "Waalaikumsalam". Aku melihat mukanya, seperti pernah ku lihat.
          "Oh, Fateh rupanya, patutlah macam kenal, wah, apa kau buat kat sini?", rupanya orang yang menegurku tadi ialah rakan sekelasku ketika sekolah rendah.

          "Aku baru register kat sini." katanya.

Kebetulan ada katil kosong dalam bilikku, aku pun menyuruhnya menjadi rakan sebilikku. Setelah berbual panjang, aku mendapat tahu yang dia merupakan lepasan sekolah menengah jenis agama. Tetapi gayanya berbual denganku seperti kawan-kawanku yang biasa aku bergaul.

          Dia, hampir setiap hari, setiap kali waktu solat masuk, pasti dia akan solat berjemaah di masjid. Kadang-kadang dia mengajakku sama tetapi aku bagi alasan aku mahu solat kat bilik. Dia sekali-kali tidak pernah memaksaku, dan ya, kadang-kadang saja dia mengajakku. Mungkin dia tahu aku akan berasa rimas jika didesak selalu. Pakaian yang dia selalu pakai sempoi je, tidak kira kat mana, termasuk juga di masjid.

        Ada suatu hari, apabila matahari hendak melabuhkan cahayanya, disertai hujan renyai-renyai, sahabatku, Fateh mengajakku untuk turut serta bersamanya pergi ke ceramah motivasi di Pusat Konvensyen. Aku bersetuju untuk mengikutnya, semangatku makin bertambah apabila dia bagitahu yang makanan ada disediakan, Mana boleh lepas peluang, kalau ada majlis kat Pusat konvensyen, mesti makanan dia high standard!

Selepas solat Isyak, kami menaiki LRT untuk pergi ke tempat tersebut. Setelah mendaftar, Fateh membawaku ke tempat duduk kami. Acara pun bermula, penceramahnya bukanlah calang-calang orang, dia merupakan seorang penulis buku bestseller yang amat terkenal, yang dijemput khas dari Arab Saudi. Tapi pada masa itu aku belum mengenalinya lagi, sebab aku sebelum ini aku bukanlah jenis orang yang suka baca buku-buku ilmiah.

Dalam ceramah itu antara isi-isi yang sangat menyebabkan aku terasa  yang disampaikan oleh penceramah tersebut ialah,
-Belum tentu hari esok kita akan hidup, pelbagai kisah kematian yang berlaku kepada golongan muda ketika kematian jauh daripada fikiran.
-Azab di dalam kubur dan neraka amatlah seksanya, berkali ganda jauh lebih seksa daripada kesakitan di dunia.
-Manusia tidak semestinya kelihatan baik di luar, dalamnya juga baik. Hatilah yang menentukan kebaikan seseorang.
-"Lakukanlah apa yang engkau yakin benar, hindarilah segala kritikan yang tidak bernilai"
-Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang
-Kebaikan tidak akan tercapai tanpa mujahadah.

     Itulah antara isi-isi yang menyebabkan aku mengubah gaya hidup dan pemikiranku. Ya, dulu pun aku bukanlah sejahat mana, tidak pernah pun minum arak, begitu juga berzina. Tetapi, jika tidak ada peringatan yang disampaikan kepadaku, jika orang 'alim' yang aku jumpa hanya seperti orang yang mengaibkan aku di khalayak ramai, kemungkinan besar dosa-dosa tersebut akan aku lakukan.

Alhamdulillah, Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah memberiku hidayah, dan tidaklah kekal kebaikan yang aku terima melainkan aku kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmuku terutama ilmu agama supaya aku tidak lagi terpesong. Aku putuskan hubungan dengan teman wanitaku dengan cara yang baik, dan memberitahunya jika sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana, cuma caranya kena betul. Aku juga menasihati dia supaya mengikut jejak langkahku. Ajal boleh datang bila-bila masa. Aku juga kena bersedia bila-bila masa.

Wednesday, March 30, 2011

Program FEWWIT (Fun and Exciting Week With iLuvislam Team)

Program FEWWIT (Fun and Exciting Week With iLuvislam Team)
Di mana Dia di hatiku
Panggung Seni UKM Bangi

Ahad 15 Rabiul Akhir 1432 H, 20 Mac 2011

Moderator : Wardina Safiyyah
Panelis : Ustaz Pahrol Md Juoi
                Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
                Pyan Saujana
Ringkasan  Pengisian (Yg datang tu klau mau tambah silakan)
Ucapan perasmian Presiden ILuvIslam
-Jadikan Jannah sebagai Ultimate vision
- Cintakan Allah, seperti yg dinyatakan dalam Hadis Qudsi, Jika si fulan mencintai Allah, maka Allah akan menyuruh Jibril untuk menyintai si fulan, dan Jibril pula akan menyeru seluruh makhluk di langit dan di bumi untuk menyintai si fulan.
-menyeritakan tentang sejarah IluvIslam, di mana tujuan asalnya untuk menjadikan iluvIslam sebagai wadah untuk sahabat mereka yang belajar di UK, Ireland untuk sentiasa berhubung dengan Tuhan.
-Selepas beberapa tahun, IluvIslam menjadi sgt berjaya.
-Pasukan IluvIslam di UK ada juga mengadakan program dakwah secara Offline, bersemuka dengan orang-orang di sana secara direct

Pusingan 1
Moderator (Wardina)  : Apa tujuan kita  buat sesuatu, adakah hanya kerana ganjaran materialistik atau kerana Allah.

Ustaz Pahrol :
-Buta hati jika ilmu tak datang ke hati, hanya sekadar di kepala.
-Nasib masa depan ditentukan oleh dengan siapa kita kita bergaul sekarang dan buku apa yang kita baca.
-Hati baik, bebas daripada penyakit hati (mazmumah)
- Hati tenang dengan iman (hadirnya Allah dalam hati)
-Manusia bertindak disebabkan apa yang dia rasa bukan apa yang dia fikir, contoh seseorang tahu bahawa  solat Subuh itu adalah wajib dan lebih baik daripada tidur tetapi dia rasa tidur lebih baik dsbbkan mengantuk dan malas (apa yang dia rasa). Contoh 2, seorang doktor tahu bahawa merokok adalah merbahaya tetapi masih juga merokok.
-Berjuang kerana Allah

Ustaz Syed Abdul Kadir
-Fokus kepada hakikat daripada linguistik, contoh, hati secara kasar bawa maksud organ badan, tetapi dalam agama kita membicarakan hati yang spiritual.
- Berkenaan hati, di dalam al-Quran selalu diulang-ulang
-mentaati Allah dan Rasul no 1, jika tidak, hati masih kotor. Ada yang mengatakan tidak apa terbuka aurat asalkan hati baik. Itu adalah persepsi yang salah.
-Kalau Allah di hati, tenang.

Pusingan 2
Wardina : Surah al-Furqan dalam al-Quran, menyuruh manusia merendah hati, jangan merasakan jika ada orang lain membuat kesalahan, kita fikir bahawa kita lebih baik daripada mereka, jangan sombong.

Ustaz pahrol:
  • Kenapa seseorang merasa besar diri, sebab dia merasakan Allah itu kerdil (nauzubillah)
  • Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis
  • Peringkat mujahadah
  • 1) bisa (sukar) – I have to pray (merasa terpaksa)
  • 2) Biasa (kepada bisa tersebut)
  • 3) menjadikan mujahadah itu sebagai riadhah (berterusan), akan menyebabkan kita merasa halawa (kemanisan) mujahadah tersebut – I need to pray (kemanisan beribadah)
  • 4)Akan menjadi pembela kepada kebenaran agama Allah
Wardina : -baca buku/ dengar ceramah, pastikan lepas tu kita share kat orang, smda scara komunikasi  atau menggunakan media. Pasti ilmu yang kita dapat melekat kat kepala -Every wrong doing, irritate the heart.

Ustaz Syed:
  • Benda yang nak disampaikan tu besar (maaf lupa tulis huraiannya)
  • Dalam kitab ‘Burdah’, nafsu ibarat bayi yang sedang menyusu, jika dipisahkan daripada ibunya, bayi tersebut meronta dan menangis. Selepas dituruti kehendak bayi itu, jika dipisahkan lagi daripada susuan ibu, dia tetap juga akan menangis. Jika dia dibiarkan menangis, pasti selepas suatu ketika, dia akan diam.
Sesi Soal Jawab
Jawapan sahaja,

Ustaz Pahrol
  • Nafsu Lawammah (nafsu mencela diri)
  • Allah tak jemu dengan kita selagi kita tak jemu dengan Allah, sentiasalah bertaubat.
  • Walaupun kalah tapi jangan mengalah. No Pain No Gain
  • Kena ada ‘sense of the end’ – wujudnya syurga, pengakhiran yang baik
  • Solat – kena ada spiritual bukan hanya sekadar fizikal
  • Sembah Allah, jangan sembah agama. Contoh orang berebut2 ingin menyentuh, mencium hajar aswad di kaabah sedangkan Allah-lah yang patut diutamakan.
  • Di jepun, ada yang menanyakan kenapa orang Islam selalu buang masa dengan solat?  Beri jawapan yang paling relevan dengan mereka, jangan jawab kerana Allah mewajibkan, tetapi bagitau, semakin tinggi teknologi dicipta, semakin tinggi kos maitainance. Sudah pasti yang mencipta lebih ‘tinggi’ teknologi daripada yang dicipta. Diri kita yang banyak kelemahan juga perlukan maintainance.
  • Manusia perlu didengar sepertimana dia perlukan makanan.
  • Cinta makhluk adalah alat/saluran bukan tujuan
  • Cintailah orang yang mencintai kita

Ustaz Syed
  • Doa minta husnul khatimah (pengakhiran yang baik)
  • Amal kena ikhlas, kalau tak, tidak diterima. Ada seorang walaupun dia berbuat amalan ibadah sangat banyak seolah-olah sejengkal lagi masuk ke syurga, tetapi akhirnya masuk neraka kerana beribadah tidak kerana Allah.
  • Ada kisah seorang yang telah membunuh 100 orang tetapi dia mahu bertaubat, dalam perjalanannya menuju taubat, ajalnya tiba. Tetapi Allah memberinya balasan yang baik kerana dia telah berusaha untuk bertaubat.
  • Selalu bersangka baik kepada Allah, tetapi takut kepada azab Allah juga kena ada, Khauf (takut) dan Raja’ (harap) kena seimbang.
  • Pastikan apa yang kita dapat (hasil) lebih daripada apa yang kita hilang (korbankan)
  • Dalam jalan menuju Allah, yang tak dapat itulah dapat, sebab kita akan terus memburu (usaha yang Allah nilai)
  • Dunia hanya sebagai bayangan
  • Cari kawan seia sekata
  • Cari suasana soleh
  • Buat program, nanti program akan buat kita (cth, kita memulakan usrah setiap minggu, jika kita terlupa, nanti sahabat akan mengingat kita, program yang kita buat membantu kita jadi konsisten)

Saturday, February 5, 2011

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin








                  

Monday, January 31, 2011

Reply by someone on 'The Muslim Brotherhood: The Future of Egypt?' yahoo article

  • location : 
    http://tinyurl.com/4854l4q
  • Amir
    4
    0
    Amir 6 minutes ago Report Abuse
    This is honestly one of the most disgusting articles I have seen regarding this situation yet. I cannot believe how so many false interpretations of Muslims are relayed through this foul propaganda. The animosity towards the people of Egypt holds no stable ground as they are simply fighting for their well deserved rights. Imagine for one second we were taken back to the 18th century when America first broke free from the British Empire. People of America fought for their rights as human beings. They had no other intentions then to set themselves free from the crippling clenched upon them by their government. The American revolution is no different from this current dilemma. Human rights is a universal aspiration by all people. The people of Egypt deserve the same rights as you and I. This is what they are fighting for, the things we as Americans take for granted, but as soon as people see it is coming from an Arab country they are quick to judge them as terrorists. As if they are not even human, as if they don't deserve freedom, as if they don't require a better state of living. This article falsifies Arab's fight for freedom, and feeds the stereo types of the common American until the point of unrest. This fight for freedom poses no threat to America and this false propaganda should not even be allowed to be published. Due to the fact that it is Anti-Muslim is the only reason it stands. All's I ask is put yourself in their shoes for one second, see this from their perspective without the medias input, once again this fight for freedom is no different from that which every one of us would have experienced in the fight for our freedoms in the American Revolutionary War.

    P.S.
    As I read the comments on this article I am in no way surprised by the racial slurs, and negative opinions. It is expected. Nor am I surprised by the ignorance relayed through the messages. The people posting these repulsive remarks merely show how ignorant they really are to the situation. If they did there research before commenting on the matter, they would find that there own brothers and sisters in Christianity are a part of this revolution. The protesters are made up of all denominations of people. Showing how they can work together apart from their differences and achieve something amazing. Something the U.S. has been trying to accomplish for how long now? On Friday in Egypt, hundreds of Christians made a human barricade between the police and Muslims, as to allow the Muslims to pray. If this does not appeal to American's as an ideal example of working together despite differences, then we are in trouble...

Isu Mesir

Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
 Twitter DyyaDizarch
BlogNadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

Wednesday, January 12, 2011

Katakan Tidak Tahu

Jika seseorang menanya soalan
Kita tidak pasti jawapannya
Katakan tidak tahu

Jika media menayangkan perkara
Yang tidak jelas kebenarannya
Katakan tidak tahu

Jika seseorang memberitahu sesuatu
Tetapi tiada bukti
Jangan terus percaya
Katakan tidak tahu

Jangan memberi jawapan
Kepada soalan
Yang kita tidak tahu
Ia akan menunjukkan
Kita kurang ilmu
Maka lekaslah
Cari jawapan

Media bukanlah saksi
Mahupun bukti
Kesahihan sesuatu
Ada orang menggunakannya
Untuk kepentingan tertentu

Untuk setiap maklumat
Carilah bukti
Jangan terus percaya
Mahupun daripada
Orang yang paling rapat

Ketahui
Tujuan kita hidup
Bersedia menghadapi
Kemungkinan terburuk
Lekaslah, cepatlah
Jangan tunggu
Sehingga ajal tiba

Khamis 0148 01|13|11