Sunday, December 18, 2011

Kesedihan harian yang dapat dielakkan

Minda kurang aktif?
 >Jangan terlebih tidur
>Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
>Banyakkan bersenam

Teringat kisah yang lalu yang menyedihkan atau memalukan
>Adakah dengan memikirkannya dapat mengubah apa yang telah terjadi? Teruskan hari anda dengan melakukan perkara yang bermanfaat.

Merasa kurang yakin
> Banyakkan membaca buku-buku motivasi atau menonton video yang dapat mengembalikan keyakinan diri.
> Jika orang lain boleh buat, kenapa tidak anda?
>Jangan terlalu kerap menyendiri, keterbiasaan berkomunikasi dengan orang lain boleh meningkatkan keyakinan diri

Merasakan diri banyak berbuat dosa
> Jika perbuatan dosa masih dilakukan, berusahalah untuk menghentikannya, kerana inilah antara faktor utama kesedihan melanda.
> Pilihlah kawan yang soleh yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, itulah perkara yang utama.
>Jangan bersedih dengan dosa yang telah dilakukan, bersedih cuma membuat semangat lemah, tidak dinafikan merasa sedih memang perlu supaya kita tidak berbuat kesalahan yang sama lagi, tetapi janganlah berpanjangan dan melarat. Ingatlah, selagi matahari tidak terbit dari barat, nyawa belum dicabut sampai di kerongkong, Allah tetap akan mengampunkan dosa kita selagi kita mahu untuk bertaubat dan meminta ampun InsyaAllah.

Kurangkan kesedihan dengan
>menjaga kebersihan. Lumrah manusia ialah suka kepada kebersihan, diri dan persekitaran, yang membezakan seorang dengan yang lainnya ialah usahanya untuk mengekalkan kebersihan, dirinya dan persekitaran. Kebersihan memainkan peranan terhadap perasaan anda. Pada saat anda membuka mata pada hari yang baru, kelihatan bilik yang sangat bersih dan kemas ditambah dengan aromanya yang wangi, sudah tentu hati merasa tenang, dan kesedihan sedikit sebanyak mungkin dapat dihindarkan.

Elakkan berhutang
>Inilah antara salah satu perkara yang sangat menekan jiwa, sehinggakan seseorang  lupa akan keindahan yang terdapat di dunia ini. Cara untuk elakkannya, pastikan anda cermat dalam berbelanja, beli yang perlu sahaja dan jangan lupa menabung.

Utamakan yang lebih utama
>Jangan merasakan yang kita mampu melakukan perkara diluar kemampuan kita, contohnya, pelajar di universiti. Memang aktiviti luar akademik perlu untuk membentuk diri seperti berpersatuan. Tetapi janganlah keterlibatan kita dalam berpersatuan menyebabkan tujuan utama, iaitu belajar diabaikan. Jika kita gagal menghabiskan pelajaran, tumpas di tengah jalan, maka bersedialah menghadapi kesedihan dan penyesalan yang mungkin tidak berpenghujung.

Berani untuk katakan tidak
>Jika ada sahabat mengajak anda menonton wayang sedangkan anda sedang berada dalam minggu peperiksaan, jika ada sahabat meminta anda untuk membelanjakannya maka sedangkan pada masa itu anda kesempitan wang, jika ada sahabat menyuruh anda membuat sesuatu sedangkan ada perkara yang lebih penting yang anda perlu selesaikan, beranikanlah diri anda untuk katakan tidak. Bukanlah maksudnya untuk mengajak anda mementingkan diri sendiri tetapi pastikan anda tahu perkara yang lebih utama yang anda perlu selesaikan dan supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Di sudut yang lain pula kita juga kena prihatin tentang sahabat kita supaya kita tidak mengganggunya pada ketika dia mempunyai perkara yang lebih utama yang dia perlu selesaikan.

Jangan biarkan masa berlalu dengan sia-sia
>Jika anda sudah berumur lanjut, mungkin  anda akan menoleh kebelakang dan memikirkan bahawa jika anda menggunakan masa muda dengan penuh berhemah dan sangat bermanfaat, sudah tentu nasib anda jauh lebih baik daripada sekarang. Memang nasib seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah swt, tetapi Allah juga memberi kita pilihan dan peluang untuk menentukan nasib kita sendiri. Sekaranglah masanya anda untuk tekun menggunakan setiap saat yang ada dengan melaburkan usaha-usaha supaya saham-saham pada masa kelak akan meningkat berlipat kali ganda.