Sunday, February 26, 2012

“Ku Mencintaimu Ya Rasulullah: Buktikan!” Ringkasan ceramah.


24 Februari, 2012,
Jumaat.
Masjid Kolej Islam Malaya, Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya.

Ceramah Umum Maulidur Rasul 1433H.
“Ku Mencintaimu Ya Rasulullah, Buktikan!”
Disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

·         Bagi orang Arab, tarikh lahir tidak penting.
·         Centre agama Islam ialah Allah SWT, bukan Muhammad SAW.
·         12 Rabi’ul awwal juga tarik kewafatan Nabi, Zohor solat terakhir.
·         Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya dia telah mati. Jika menyembah Allah, sesungguhnya Allah kekal selamanya.
·         CINTA KEPADA RASULULLAH. PIES (Physical, Intellectual, Emotional, Spiritual).
·         Hubungan kita dengan Nabi secara fizikal (P) telah tiada, tetapi secara Intelektual (I)/ empirikal masih ada.
·         Emotional (E) Cinta bukan lojik, bukan rasional, tetapi kemanisannya seperti manisnya gula, dirasa oleh orang yang merasanya.
·         Juga cinta kita kepada Rasulullah SAW adalah berbentuk spiritual. (S)
·         Bila cinta Muhammad SAW, bila disebut namanya, bergetar jiwa.
·         Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.” (0035) Sahih Muslim. Juga terdapat dalam riwayat Bukhari, Ibnu Majah, Nasa’i, Ahmad, al-Darimi.
·         Bukannya cinta paksaan.
·         Cinta yang mendahului, cinta Rasulullah SAW kepada mukmin yang belum ada pada zamannya seperti yang disebut dalam hadis.
·         Cinta dan Pengorbanan: Contoh kisah, di mana sekumpulan orang dicabar untuk menyeberang melalui satu papan. Pada mulanya papan itu setinggi satu meter sahaja, di mana semuanya sanggup untuk menyeberanginya. Kemudian, papan itu diangkat setinggi almari, dan hanya sedikit sahaja yang tidak sanggup, manakala yang lainnya menyeberang tanpa ragu. Kemudian, papan itu diangkat di atas bangunan lima tingkat untuk menyeberang ke bangunan sebelahnya, ramai yang tidak sanggup menyeberang. Tetapi, jika di sebelah bangunan itu ada ahli keluarga yang perlu diselamatkan dalam kebakaran, kita akan sanggup menyeberanginya walaupun sangat tinggi. Itulah Power of Love.

§  Cinta kepada Rasulullah SAW kena dinyalakan dengan emosi.
§  Dalam budaya Arab, mereka biasa menyebut ayat yang mempunyai makna yang amat besar, contohnya ana uhibbullah, aku cintakan Allah.
§  Manifestasi cinta Illahi, bukan disajak-sajakkan, bukan dikonsepkan.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

§  Cintakan Allah, ikutlah ajaran Rasulullah.
§  Kita akan lebih mencintai Rasulullah jika kita membuat perkara yang akan menambahkan cinta tersebut, seperti belajar sirah dan mengamalkan sunnah.
§  Dia Uswah
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [Al-Ahzab 33:21]

·         Perkataan uswah juga berasal dari perkataan ‘ata’asi’, sesuatu yang member kekuatan.
·         Sesiapa yang mengambil Rasulullah SAW sebagai uswah, dia akan mendapat kekuatan.
·         Hanya orang yang mempunyai tiga ciri ini yang boleh ambil Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik;
1.    Orang yang hidupnya meletakkan keutamaan tertinggi kepada Allah
2.    Orang yang dalam hidupnya meletakkan akhirat lebih utama daripada dunia.
3.    Orang yang dalam hidupnya banyak mengingati Allah.

Ø  Makna ikhlas, contoh yang baik boleh diambil daripada buku Ayat-Ayat Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy.
Ø  Makna, tidak meletakkan apa-apa dalam hati melainkan Allah.
Ø  Penyakit orang baik, penyakit meletakkan syarat kepada Allah. “Aku telah melakukan yang terbaik, tetapi mengapa aku masih diuji?” Nauzubillah.
Ø  Bekerja hanya kerana Allah.
Ø  Hidup sementara, kesan perbuatan kekal selamanya.
Ø  "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah ia memuliakan tetamu" hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Ø  Layan tetamu, walaupun kadang-kadang tiada manfaat keduniaan, buang masa, harta dan tenaga, ia pasti memberi manfaat di akhirat kelak.
Ø  Hujung perjalanan hanya syurga dan neraka, banyak pilihan di dunia, tetapi pilihan adalah di tangan kita.
Ø  Menjadi hebat bukan satu pilihan, tetapi satu perjuangan.
Ø  Taqwa, level of consciousness yang baik.
Ø  Hilang conscious, terlampau marah, terlampau gembira, terlampau sedih. Berlaku jika tidak jadikan Nabi sebagai contoh.
Ø  Nabi ialah orang yang sentiasa conscious.
Ø  Lawan kematian, bermaksud pastikan kematian tidak membunuh anda. Tinggalkan jasa di dunia yang boleh memberi saham di akhirat walaupun sudah meninggal dunia.