Wednesday, March 14, 2012

Zero to Hero (Program PEMBINA KL)


Program Zero to Hero 10 Mac 2012
Anjuran PEMBINA KL.
Nota: Ini hanya ringkasan sahaja.

Slot 1 “From Zero to Hero, who am I”
Mohd Zul Alwi bin Mat Adam

·         Dalam mempelajari ilmu, jangan rasa diri pandai, kosongkan minda untuk terima ilmu.
·         “If you know the combination of the lock, it does not matter who you are…it has to open for you”- Orrin C. Hudson.
·         “You cannot hire people to do your pus-ups for you”- Jim Rohn.

3 poin utama untuk berjaya:
1.       Take 100% responsibility of your life and your result.
·         Give up all blaming, all excusing and blaming excuses.
·         E + R = O
·         Events plus response equals to outcome.
·         Tension biasanya disebabkan oleh salah response.
·         Response (tindak balas)
                                                               i.      Behaviour (perilaku)
                                                             ii.      Thought (pemikiran)
                                                            iii.      Images (gambaran)
·         If you want to be a hero, you have to eliminate the phrase “I can’t” in your vocabulary.
·         “Whether you think you can or you can’t, you are right” –Henry Ford
·         Avoid toxic people and surround yourself with successful, good people.
·         “You are the average of 5 people you spend the most of your time with” –Jim Rohn
2.       Decide what you want.
·         How to decide? “It doesn’t take any effort to dream a big dream than to dream a small dream”- Gen Wesley Clark
·         “If you can dream it, you can do it”- Walt Disney
·         7 Vision category
                                                               i.      Financial
                                                             ii.      Business/career
                                                            iii.      Fun time/recreation
                                                           iv.      Health and fitness
                                                             v.      Relationship
                                                           vi.      Personal
                                                          vii.      Contribution (legacy)
3.       Power of imagination and visualization
·         There’s a gap between vision and reality.
·         Shift perception, Expanded creativity, Increased motivation will help to initiate Action.
4.       Action
·         Act!
·         Ask for feedback
·         Respond to feedback
·         Reject rejection
·         Persevere, never give up, you don’t fail before you quit.

 Slot 2 “Heroes Mission”
Panelis: Azril Hanafi, Faruqi Razali dan Fatimah Syarha.
Moderator: Mazhair Shahroz Muhasip

Pusingan 1
Azril
·         Berladang di dunia untuk kehidupan akhirat

Faruqi
·         Letak akhirat sebagai batu asas, pembeza orang muslim dan non-muslim.
·         Seperti keretapi yang membawa penumpang ke destinasi, orang yang berakal kena tahu ke mana dunia akan membawa kita.
·         Jaga takwa, Allah akan bagi rezeki pada jalan yang tidak disangka-sangka.

Fatimah Syarha
·         Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, sebaliknya bandingkan diri kita dengan potensi yang kita boleh buat.
·         Kita letakkan pencapaian terbaik yang kita boleh capai pada tahap 10, dan cubalah langkah satu tahap demi satu tahap sehingga kita boleh mencapainya.

Pusingan 2
Azril
·         Kembangkan potensi yang ada.
·         Mahasiswa sepatutnya boleh berucap dan membincangkan isu semasa.
·         Akademik juga kena cemerlang
·         Banyak resource yang boleh dimanfaatkan mahasiswa.

Fatimah
·         Kenapa ambil yang lain selain Allah?
·         Rahsia jiwa besar, letak Allah tempat pertama.
·         Kenapa berselisih dengan peraturan Allah, sedangkan itulah yang mengatur kehidupan kita.
·         Jangan bazir masa dengan perkara yang sia-sia.

Q&A
·         Kita didik, jangan hanya mengkritik
·         Memenangi hati dalam dakwah lebih berkesan berbanding memenangi hujah.


Program I-Medik, 3 Mac 2012

·         Professional- orang yang serius menjalankan amanah.
·         Ummah need a muslim who conforms to the standards of a profession with a professional behavior without disregarding his/her muslim duty.
·         Get highest position as possible, be a policy maker, not the one who follow the policy made by others.
·         It is a jihad
o   Aim to be the best professional muslim.
o   Plan what you want to be in 5, 10 ,15,… years to come.
o   Have intention to use your specialty for the sake of Allah and for the benefit of mankind.
·         “Barang siapa yang sama dua harinya maka dia rugi” (Hadis)


Sunday, February 26, 2012

“Ku Mencintaimu Ya Rasulullah: Buktikan!” Ringkasan ceramah.


24 Februari, 2012,
Jumaat.
Masjid Kolej Islam Malaya, Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya.

Ceramah Umum Maulidur Rasul 1433H.
“Ku Mencintaimu Ya Rasulullah, Buktikan!”
Disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

·         Bagi orang Arab, tarikh lahir tidak penting.
·         Centre agama Islam ialah Allah SWT, bukan Muhammad SAW.
·         12 Rabi’ul awwal juga tarik kewafatan Nabi, Zohor solat terakhir.
·         Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya dia telah mati. Jika menyembah Allah, sesungguhnya Allah kekal selamanya.
·         CINTA KEPADA RASULULLAH. PIES (Physical, Intellectual, Emotional, Spiritual).
·         Hubungan kita dengan Nabi secara fizikal (P) telah tiada, tetapi secara Intelektual (I)/ empirikal masih ada.
·         Emotional (E) Cinta bukan lojik, bukan rasional, tetapi kemanisannya seperti manisnya gula, dirasa oleh orang yang merasanya.
·         Juga cinta kita kepada Rasulullah SAW adalah berbentuk spiritual. (S)
·         Bila cinta Muhammad SAW, bila disebut namanya, bergetar jiwa.
·         Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.” (0035) Sahih Muslim. Juga terdapat dalam riwayat Bukhari, Ibnu Majah, Nasa’i, Ahmad, al-Darimi.
·         Bukannya cinta paksaan.
·         Cinta yang mendahului, cinta Rasulullah SAW kepada mukmin yang belum ada pada zamannya seperti yang disebut dalam hadis.
·         Cinta dan Pengorbanan: Contoh kisah, di mana sekumpulan orang dicabar untuk menyeberang melalui satu papan. Pada mulanya papan itu setinggi satu meter sahaja, di mana semuanya sanggup untuk menyeberanginya. Kemudian, papan itu diangkat setinggi almari, dan hanya sedikit sahaja yang tidak sanggup, manakala yang lainnya menyeberang tanpa ragu. Kemudian, papan itu diangkat di atas bangunan lima tingkat untuk menyeberang ke bangunan sebelahnya, ramai yang tidak sanggup menyeberang. Tetapi, jika di sebelah bangunan itu ada ahli keluarga yang perlu diselamatkan dalam kebakaran, kita akan sanggup menyeberanginya walaupun sangat tinggi. Itulah Power of Love.

§  Cinta kepada Rasulullah SAW kena dinyalakan dengan emosi.
§  Dalam budaya Arab, mereka biasa menyebut ayat yang mempunyai makna yang amat besar, contohnya ana uhibbullah, aku cintakan Allah.
§  Manifestasi cinta Illahi, bukan disajak-sajakkan, bukan dikonsepkan.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

§  Cintakan Allah, ikutlah ajaran Rasulullah.
§  Kita akan lebih mencintai Rasulullah jika kita membuat perkara yang akan menambahkan cinta tersebut, seperti belajar sirah dan mengamalkan sunnah.
§  Dia Uswah
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [Al-Ahzab 33:21]

·         Perkataan uswah juga berasal dari perkataan ‘ata’asi’, sesuatu yang member kekuatan.
·         Sesiapa yang mengambil Rasulullah SAW sebagai uswah, dia akan mendapat kekuatan.
·         Hanya orang yang mempunyai tiga ciri ini yang boleh ambil Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik;
1.    Orang yang hidupnya meletakkan keutamaan tertinggi kepada Allah
2.    Orang yang dalam hidupnya meletakkan akhirat lebih utama daripada dunia.
3.    Orang yang dalam hidupnya banyak mengingati Allah.

Ø  Makna ikhlas, contoh yang baik boleh diambil daripada buku Ayat-Ayat Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy.
Ø  Makna, tidak meletakkan apa-apa dalam hati melainkan Allah.
Ø  Penyakit orang baik, penyakit meletakkan syarat kepada Allah. “Aku telah melakukan yang terbaik, tetapi mengapa aku masih diuji?” Nauzubillah.
Ø  Bekerja hanya kerana Allah.
Ø  Hidup sementara, kesan perbuatan kekal selamanya.
Ø  "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah ia memuliakan tetamu" hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Ø  Layan tetamu, walaupun kadang-kadang tiada manfaat keduniaan, buang masa, harta dan tenaga, ia pasti memberi manfaat di akhirat kelak.
Ø  Hujung perjalanan hanya syurga dan neraka, banyak pilihan di dunia, tetapi pilihan adalah di tangan kita.
Ø  Menjadi hebat bukan satu pilihan, tetapi satu perjuangan.
Ø  Taqwa, level of consciousness yang baik.
Ø  Hilang conscious, terlampau marah, terlampau gembira, terlampau sedih. Berlaku jika tidak jadikan Nabi sebagai contoh.
Ø  Nabi ialah orang yang sentiasa conscious.
Ø  Lawan kematian, bermaksud pastikan kematian tidak membunuh anda. Tinggalkan jasa di dunia yang boleh memberi saham di akhirat walaupun sudah meninggal dunia.

 

Sunday, December 18, 2011

Kesedihan harian yang dapat dielakkan

Minda kurang aktif?
 >Jangan terlebih tidur
>Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
>Banyakkan bersenam

Teringat kisah yang lalu yang menyedihkan atau memalukan
>Adakah dengan memikirkannya dapat mengubah apa yang telah terjadi? Teruskan hari anda dengan melakukan perkara yang bermanfaat.

Merasa kurang yakin
> Banyakkan membaca buku-buku motivasi atau menonton video yang dapat mengembalikan keyakinan diri.
> Jika orang lain boleh buat, kenapa tidak anda?
>Jangan terlalu kerap menyendiri, keterbiasaan berkomunikasi dengan orang lain boleh meningkatkan keyakinan diri

Merasakan diri banyak berbuat dosa
> Jika perbuatan dosa masih dilakukan, berusahalah untuk menghentikannya, kerana inilah antara faktor utama kesedihan melanda.
> Pilihlah kawan yang soleh yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, itulah perkara yang utama.
>Jangan bersedih dengan dosa yang telah dilakukan, bersedih cuma membuat semangat lemah, tidak dinafikan merasa sedih memang perlu supaya kita tidak berbuat kesalahan yang sama lagi, tetapi janganlah berpanjangan dan melarat. Ingatlah, selagi matahari tidak terbit dari barat, nyawa belum dicabut sampai di kerongkong, Allah tetap akan mengampunkan dosa kita selagi kita mahu untuk bertaubat dan meminta ampun InsyaAllah.

Kurangkan kesedihan dengan
>menjaga kebersihan. Lumrah manusia ialah suka kepada kebersihan, diri dan persekitaran, yang membezakan seorang dengan yang lainnya ialah usahanya untuk mengekalkan kebersihan, dirinya dan persekitaran. Kebersihan memainkan peranan terhadap perasaan anda. Pada saat anda membuka mata pada hari yang baru, kelihatan bilik yang sangat bersih dan kemas ditambah dengan aromanya yang wangi, sudah tentu hati merasa tenang, dan kesedihan sedikit sebanyak mungkin dapat dihindarkan.

Elakkan berhutang
>Inilah antara salah satu perkara yang sangat menekan jiwa, sehinggakan seseorang  lupa akan keindahan yang terdapat di dunia ini. Cara untuk elakkannya, pastikan anda cermat dalam berbelanja, beli yang perlu sahaja dan jangan lupa menabung.

Utamakan yang lebih utama
>Jangan merasakan yang kita mampu melakukan perkara diluar kemampuan kita, contohnya, pelajar di universiti. Memang aktiviti luar akademik perlu untuk membentuk diri seperti berpersatuan. Tetapi janganlah keterlibatan kita dalam berpersatuan menyebabkan tujuan utama, iaitu belajar diabaikan. Jika kita gagal menghabiskan pelajaran, tumpas di tengah jalan, maka bersedialah menghadapi kesedihan dan penyesalan yang mungkin tidak berpenghujung.

Berani untuk katakan tidak
>Jika ada sahabat mengajak anda menonton wayang sedangkan anda sedang berada dalam minggu peperiksaan, jika ada sahabat meminta anda untuk membelanjakannya maka sedangkan pada masa itu anda kesempitan wang, jika ada sahabat menyuruh anda membuat sesuatu sedangkan ada perkara yang lebih penting yang anda perlu selesaikan, beranikanlah diri anda untuk katakan tidak. Bukanlah maksudnya untuk mengajak anda mementingkan diri sendiri tetapi pastikan anda tahu perkara yang lebih utama yang anda perlu selesaikan dan supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Di sudut yang lain pula kita juga kena prihatin tentang sahabat kita supaya kita tidak mengganggunya pada ketika dia mempunyai perkara yang lebih utama yang dia perlu selesaikan.

Jangan biarkan masa berlalu dengan sia-sia
>Jika anda sudah berumur lanjut, mungkin  anda akan menoleh kebelakang dan memikirkan bahawa jika anda menggunakan masa muda dengan penuh berhemah dan sangat bermanfaat, sudah tentu nasib anda jauh lebih baik daripada sekarang. Memang nasib seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah swt, tetapi Allah juga memberi kita pilihan dan peluang untuk menentukan nasib kita sendiri. Sekaranglah masanya anda untuk tekun menggunakan setiap saat yang ada dengan melaburkan usaha-usaha supaya saham-saham pada masa kelak akan meningkat berlipat kali ganda.

Monday, September 19, 2011

Usrah Perkepis

Usrah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) 19 Syawal 1432H/17-09-2011
Masjid as-Syakirin, KLCC

1.Tazkirah

  • Hendaklah sentiasa cuba memperbaiki/memperbaharui niat
  • Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’
  • Melakukan amalan kerana manusia adalah syirik
  • Ikhlas bebas daripada dua perkara di atas
  • Contoh kisah tentang seorang muslimin yang sedang solat di perkarangan masjid, rakaat pertama dan kedua dibuat dengan laju, ada sekumpulan pelancong dari luar negara yang sedang melawat masjid tersebut datang megerumuninya bersama dengan pemandu pelancong sambil menjelaskan apa yang dibuat oleh muslimin tersebut satu persatu. Maka muslimin tersebut meperlahankan solatnya pada rakaat ketiga dan keempat seolah-olah itulah rakaat yang paling lama dia pernah buat. Kisah ini merupakan contoh beramal kerana manusia.
  • Ketika niat diuji, jangan tinggalkan amalan yang sedang dibuat, tetapi minta kepada Allah kelapangan dada supaya kita beramal hanya kerana Allah.
  • Ikhlas tidak semestinya diperoleh ketika baru mula berbuat kebaikan, kita kena paksa diri untuk melakukan kebaikan, ikhlas akan datang jika kita sudah biasa melakukannya.
  • Niat harus disusuli dengan perancangan yang mantap. Contohnya ketika kita pasang niat untuk belajar, pastikan kita tidur awal/cukup2 sekiranya keesokan hari ada lecture. Jika kita mengaku kita berniat untuk belajar tetapi tidur lewat menunjukkan kita belum sungguh-sungguh dalam berniat.

2. Perkongsian buku “Adab dan doa menuntut ilmu”

  • Bebaskan diri daripada sifat/perbuatan tercela.
  • Berniat menuntut ilmu kerana Allah semata-mata
  • Kurangkan/elakkan melakukan perkara yang kurang penting/sia-sia (seperti main permainan video).
  • Jaga adab dengan guru
  • Mencari manfaat di mana sahaja kita berada
  • Menjaga masa sebaik-baik mungkin
  • Sedikit makan dan kurang tidur
  • Berkorban masa dan tenaga untuk menuntut ilmu

Perkongsian tambahan
-Tips belajar (perspektif sains)

  • Mengetahui cara otak mengingat
  • Immediate memory (beberapa saat-minit) -> Short term (~12 hours, direkemen untuk mengulangkaji kuliah yang telah dihadiri dalam jangka masa ini) ->long term (limbic system, brmaksud ilmu yang disertai dengan perasaan lebih diingat lama) -> knowledge (ilmu yang bermakna, dikongsi, dipraktik)
  • How much you retain knowledge depends on what you eat and time of resting
  • Badan perlu dalam kegelapan ketika tidur
  • Makanan yang terbaik ialah sederhana
  • Develop a habit of acquiring knowledge ( contoh, para ulama memakai wangian sebelum menuntut ilmu, menyediakan badan untuk menerima ilmu, menyeragamkan masa tidur/belajar setiap hari supaya tidak berserabut/haywire)
  • Try to be expressive in your profession, can share what you know and master
  • Be competent in profession

Friday, May 6, 2011

Bersangka baik amalan mulia~

       Berjalan aku seorang diri, daripada tempat mengaji al-Quran di rumah guruku ke rumahku. Jam tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. Dalam perjalanan, aku terlihat seorang lelaki sedang memegang tangan seorang perempuan, mesra lagi tu. Kedua-duanya masih remaja. Aku pun teringat kata-kata guruku bahawa perempuan haram disentuh oleh lelaki. Mereka berdua berjalan berlawanan arah denganku. Ketika berselisih, aku menjeling mereka berdua dengan tajam.

      Setelah sampai ke rumah, aku pun menceritakan hal tersebut kepada ayahku yang baru balik dari kebun. Ayahku yang masih bermandi peluh tersenyum mendengar ceritaku.
       
      "Kau pasti mereka berdua bukan muhrim?" tanya ayahku.

Aku pun terdiam sejenak. Ayahku menyambung kata-katanya.
     
      "Janganlah kita cepat bersangka buruk terhadap orang lain, banyak sudut kita kena ambil kira jika kita melihat orang lain seolah-olah melakukan perkara yang tidak baik di mata kita. Mahu ayah ceritakan suatu kisah berkenaan pentingnya baik sangka?"

      "Sudah tentu!" kataku spontan.

      "Ini bukanlah kisah benar, cuma rekaan ayah semata-mata. Ada satu kisah tentang seorang penjual kain bernama Abu di suatu tempat di tanah Arab. Ketika musim berdagang, dia akan berjalan selama lebih kurang 1 minggu untuk sampai ke tempat perniagaan, di bawah matahari yang memancarkan habanya yang sangat panas, meninggalkan isteri dan anak-anak yang tersayang. Apabila sampai ke tempat dia menjual kain bersama dengan keldainya yang membawa barangannya, dia pun menyusun semua kain yang dibawanya di atas meja. Bukan dia seorang sahaja yang berniaga di situ, bahkan ramai lagi yang lain mengambil peluang berniaga di tempat itu dengan pelbagai jenis barang jualan. Ini kerana tempat tersebut menjadi tumpuan ramai kerana tanahnya yang subur dan adanya sumber air bawah tanah yang banyak. Abu merupakan seorang peniaga yang sentiasa bersangka baik. Dia sentiasa memikirkan yang setiap kesukaran yang dia hadapi pasti ada hikmahnya. Ada seorang yang berniaga di sebelahnya, merupakan seorang yang pesimis. Ada saja yang tidak kena di matanya. Hatinya selalu tidak tenang. Apabila jualannya tidak laku, Pasti dia akan marah-marah orang lain termasuk Abu.

      "Abu! apa yang kau buat sehingga tidak ada seorang pun yang membeli barangan daripada aku. Mesti kau menghasut mereka semua, menyebarkan fitnah!"

       "Sabarlah Othman, Janganlah kau tuduh orang lain sembarangan, Tidak pernah pun aku buat macam tu. Kau kena bersabar, memang macam itu nasib orang berniaga. Mesti kena bersusah-susah dahulu, baru boleh untung. Kita kena bersabar, dan jangan lupa sentiasa berharap dan bersangka baik kepada Allah." kata Abu untuk menasihatinya.

Padahal sebab yang sebenar tidak ada seorang pun yang membeli barangannya ialah kerana mukanya yang sentiasa masam, tambahan dia, Othman, memaksa orang untuk singgah di gerainya dengan nada yang garang. Sudah tentulah orang tidak mahu singgah, ayah pun tidak mahu".

         "Bagaimana dengan Abu, adakah jualannya laku?" Tanyaku setelah hanya menjadi pendengar.
        
         "Abu pun tidaklah dapat menjual barangannya dengan baik, sebab banyak gerai-gerai yang lain yang berada di sekitar menjual kain yang berkualiti jauh lebih tinggi daripada kainnya. Tetapi Abu sentiasa optimis.

         "Mungkin rezekiku bukanlah pada menjual kain. Aku kena mencari ikhtiar lain supaya aku boleh menanggung nafkah isteri dan anak-anakku." kata Abu sambil tersenyum. Dia tahu bahawa nasibnya sudah ditentukan oleh Allah, Sebaik-baik Perancang. Pasti kesusahan yang dia hadapi akan dibalas dengan kebaikan. Jika tidak di dunia, balasan akhirat pun sudah sangat membahagiakan"

         "Wah, hebatnya semangat Abu, walaupun kehidupannya sangat susah, tetapi dia tetap masih mampu tersenyum." Kataku

         "Ya, begitulah sepatutnya kita, sebagai orang muslim, kita sepatutnya bersangka baik, bersangka baik yang paling utama ialah bersangka baik kepada Allah," kata ayahku membenarkan kata-kataku.

         "Apa yang terjadi kepada Abu selepas itu?" tanyaku, tidak sabar untuk mengetahui nasib Abu selepas itu.

         "Abu bercadang untuk membuat tempat untuk menternak ikan. Pada masa itu, di daerah di mana Abu menetap bersama keluarganya, tiada seorang pun yang menternak ikan, kerana pada masa itu kepakaran tidak ada di tempatnya. Amat sukar sekali untuk menemukan orang yang pandai menternak ikan. Jadi sudah pasti ada orang mengkritik Abu apabila dia mahu memulakan bidang tersebut.

        "Wahai si bodoh, kau tahu bagaimana untuk menternak ikan? Orang papa kedana macam kau ni lebih baik buat seperti orang fakir lain buat, jadi pengemis. Janganlah kau mahu berlagak!"

        "Janganlah kau risau, Aku cuma berikhtiar supaya nafkah keluargaku dapat ku tanggung. Jika tidak berjaya maka aku akan cari ikhtiar yang lain," Abu sebenarnya pernah belajar sedikit sebanyak tentang ilmu penternakan daripada seorang yang ditemuinya di tempat dia berniaga dahulu. Itulah salah satu kebaikan apabila kita baik dengan pelanggan.
   
        Setelah beberapa tahun berlalu, bidang yang diceburinya amat berjaya, banyak ikan yang dapat diternaknya. Sudah tentu pelanggannya juga banyak. Abu amat bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakannya tezeki yang membantunya menyara keluarganya. Dia juga merupakan seorang yang sangat pemurah, selalu membantu orang yang kesusahan. Orang yang mengkritiknya dahulu ketika dia ingin mula menternak ikan datang kepadanya untuk menawarkan diri untuk menjadi pekerjanya. Abu dengan sifat bersangka baiknya percaya bahawa orang tersebut telah berubah menjadi orang yang baik dan bersetuju mengambilnya bekerja."

         "MashaAllah, segala pujian hanya untuk Allah, jika Allah mengurniakan saya sifat seperti Abu pasti saya akan berjaya di dunia dan akhirat", kataku kepada ayahku.

        "InsyaAllah, kamu kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, jangan biarkan  manusia menjadi penghalang usaha kamu selagi kamu yakin bahawa apa yang kamu usahakan selari dengan kehendak Allah, yang pasti menguntungkan kita. Antara perkara penting untuk berjaya, pastikan kamu sentiasa bersangka baik sesama manusia, pasti hati kita tenang", ayahku sangat pandai memberi nasihat padaku. Semoga Allah memberikan balasan yang terbaik untuk ayahku. Jika aku sentiasa berbaik sangka kepada Allah, sudah tentu sesama manusia juga aku akan berbaik sangka.

Thursday, May 5, 2011

Tegurlah aku dengan baik~

             "Hei! Ko tau tak yang dating ni berdosa, boleh menyebabkan zina ko tau tak, atau memang ko dah....", tegur seorang yang berserban dan berpakaian jubah dengan suara yang nyaring kepadaku di depan orang yang lalu lalang.

            Dalam fikiranku masa itu seolah-olah hendak mencekiknya dan menumbuknya sekuat hati. Alangkah sakitnya hati apabila ditegur sebegitu rupa di depan orang ramai, aku hanya mampu diam menahan pedih di hati supaya keadaan tidak bertambah buruk. Teman wanitaku masa itu hampir menjerit marah tetapi aku menahannya.

            Aku kenal orang yang menegurku itu, dia pelajar satu kuliah dengan aku. Dia juga merupakan orang yang memegang jawatan tinggi dalam majlis perwakilan pelajar di universiti kami. Tetapi, sedikit pun aku tidak ada rasa hormat pun akan dia apatah lagi selepas kejadian tersebut.

           Aku pada masa itu, iman sangat lemah. Insiden itu menyebabkan aku lebih sakit hati untuk menjadi 'alim. Solat kadang-kadang saja buat. Mengumpat sudah menjadi perkara biasa. Aku selalu bersangka buruk terhadap orang-orang yang nampak 'alim.

          Hari berlalu seperti biasa, pada ketika aku berjalan menuju ke kafe untuk makan tengahari, tiba-tiba seorang lelaki lebih kurang sebaya aku memanggilku.

          "Assalamualaikum Naz! Lama tak jumpa!".
          "Waalaikumsalam". Aku melihat mukanya, seperti pernah ku lihat.
          "Oh, Fateh rupanya, patutlah macam kenal, wah, apa kau buat kat sini?", rupanya orang yang menegurku tadi ialah rakan sekelasku ketika sekolah rendah.

          "Aku baru register kat sini." katanya.

Kebetulan ada katil kosong dalam bilikku, aku pun menyuruhnya menjadi rakan sebilikku. Setelah berbual panjang, aku mendapat tahu yang dia merupakan lepasan sekolah menengah jenis agama. Tetapi gayanya berbual denganku seperti kawan-kawanku yang biasa aku bergaul.

          Dia, hampir setiap hari, setiap kali waktu solat masuk, pasti dia akan solat berjemaah di masjid. Kadang-kadang dia mengajakku sama tetapi aku bagi alasan aku mahu solat kat bilik. Dia sekali-kali tidak pernah memaksaku, dan ya, kadang-kadang saja dia mengajakku. Mungkin dia tahu aku akan berasa rimas jika didesak selalu. Pakaian yang dia selalu pakai sempoi je, tidak kira kat mana, termasuk juga di masjid.

        Ada suatu hari, apabila matahari hendak melabuhkan cahayanya, disertai hujan renyai-renyai, sahabatku, Fateh mengajakku untuk turut serta bersamanya pergi ke ceramah motivasi di Pusat Konvensyen. Aku bersetuju untuk mengikutnya, semangatku makin bertambah apabila dia bagitahu yang makanan ada disediakan, Mana boleh lepas peluang, kalau ada majlis kat Pusat konvensyen, mesti makanan dia high standard!

Selepas solat Isyak, kami menaiki LRT untuk pergi ke tempat tersebut. Setelah mendaftar, Fateh membawaku ke tempat duduk kami. Acara pun bermula, penceramahnya bukanlah calang-calang orang, dia merupakan seorang penulis buku bestseller yang amat terkenal, yang dijemput khas dari Arab Saudi. Tapi pada masa itu aku belum mengenalinya lagi, sebab aku sebelum ini aku bukanlah jenis orang yang suka baca buku-buku ilmiah.

Dalam ceramah itu antara isi-isi yang sangat menyebabkan aku terasa  yang disampaikan oleh penceramah tersebut ialah,
-Belum tentu hari esok kita akan hidup, pelbagai kisah kematian yang berlaku kepada golongan muda ketika kematian jauh daripada fikiran.
-Azab di dalam kubur dan neraka amatlah seksanya, berkali ganda jauh lebih seksa daripada kesakitan di dunia.
-Manusia tidak semestinya kelihatan baik di luar, dalamnya juga baik. Hatilah yang menentukan kebaikan seseorang.
-"Lakukanlah apa yang engkau yakin benar, hindarilah segala kritikan yang tidak bernilai"
-Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang
-Kebaikan tidak akan tercapai tanpa mujahadah.

     Itulah antara isi-isi yang menyebabkan aku mengubah gaya hidup dan pemikiranku. Ya, dulu pun aku bukanlah sejahat mana, tidak pernah pun minum arak, begitu juga berzina. Tetapi, jika tidak ada peringatan yang disampaikan kepadaku, jika orang 'alim' yang aku jumpa hanya seperti orang yang mengaibkan aku di khalayak ramai, kemungkinan besar dosa-dosa tersebut akan aku lakukan.

Alhamdulillah, Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah memberiku hidayah, dan tidaklah kekal kebaikan yang aku terima melainkan aku kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmuku terutama ilmu agama supaya aku tidak lagi terpesong. Aku putuskan hubungan dengan teman wanitaku dengan cara yang baik, dan memberitahunya jika sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana, cuma caranya kena betul. Aku juga menasihati dia supaya mengikut jejak langkahku. Ajal boleh datang bila-bila masa. Aku juga kena bersedia bila-bila masa.