Minda kurang aktif?
>Jangan terlebih
tidur
>Makan ketika
lapar, berhenti sebelum kenyang
>Banyakkan bersenam
Teringat kisah yang
lalu yang menyedihkan atau memalukan
>Adakah dengan
memikirkannya dapat mengubah apa yang telah terjadi? Teruskan hari anda dengan
melakukan perkara yang bermanfaat.
Merasa kurang yakin
> Banyakkan membaca
buku-buku motivasi atau menonton video yang dapat mengembalikan keyakinan diri.
> Jika orang lain
boleh buat, kenapa tidak anda?
>Jangan terlalu
kerap menyendiri, keterbiasaan berkomunikasi dengan orang lain boleh
meningkatkan keyakinan diri
Merasakan diri
banyak berbuat dosa
> Jika perbuatan
dosa masih dilakukan, berusahalah untuk menghentikannya, kerana inilah antara
faktor utama kesedihan melanda.
> Pilihlah kawan
yang soleh yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, itulah perkara yang
utama.
>Jangan bersedih
dengan dosa yang telah dilakukan, bersedih cuma membuat semangat lemah, tidak dinafikan merasa sedih memang
perlu supaya kita tidak berbuat kesalahan yang sama lagi, tetapi janganlah
berpanjangan dan melarat. Ingatlah, selagi matahari tidak terbit dari barat,
nyawa belum dicabut sampai di kerongkong, Allah tetap akan mengampunkan dosa
kita selagi kita mahu untuk bertaubat dan meminta ampun InsyaAllah.
Kurangkan kesedihan
dengan
>menjaga
kebersihan. Lumrah manusia ialah suka kepada kebersihan, diri dan persekitaran,
yang membezakan seorang dengan yang lainnya ialah usahanya untuk mengekalkan
kebersihan, dirinya dan persekitaran. Kebersihan memainkan peranan terhadap
perasaan anda. Pada saat anda membuka mata pada hari yang baru, kelihatan bilik
yang sangat bersih dan kemas ditambah dengan aromanya yang wangi, sudah tentu
hati merasa tenang, dan kesedihan sedikit sebanyak mungkin dapat dihindarkan.
Elakkan berhutang
>Inilah antara
salah satu perkara yang sangat menekan jiwa, sehinggakan seseorang lupa akan keindahan yang terdapat di dunia
ini. Cara untuk elakkannya, pastikan anda cermat dalam
berbelanja, beli yang perlu sahaja dan jangan lupa menabung.
Utamakan yang lebih
utama
>Jangan merasakan
yang kita mampu melakukan perkara diluar kemampuan kita, contohnya, pelajar di
universiti. Memang aktiviti luar akademik perlu untuk membentuk diri seperti
berpersatuan. Tetapi janganlah keterlibatan kita dalam berpersatuan menyebabkan
tujuan utama, iaitu belajar diabaikan. Jika kita gagal menghabiskan pelajaran,
tumpas di tengah jalan, maka bersedialah menghadapi kesedihan dan penyesalan
yang mungkin tidak berpenghujung.
Berani untuk katakan
tidak
>Jika ada sahabat
mengajak anda menonton wayang sedangkan anda sedang berada dalam minggu
peperiksaan, jika ada sahabat meminta anda untuk membelanjakannya maka
sedangkan pada masa itu anda kesempitan wang, jika ada sahabat menyuruh anda
membuat sesuatu sedangkan ada perkara yang lebih penting yang anda perlu
selesaikan, beranikanlah diri anda untuk katakan tidak. Bukanlah maksudnya
untuk mengajak anda mementingkan diri sendiri tetapi pastikan anda tahu perkara
yang lebih utama yang anda perlu selesaikan dan supaya anda tidak menyesal di
kemudian hari. Di sudut yang lain pula kita juga kena prihatin tentang sahabat
kita supaya kita tidak mengganggunya pada ketika dia mempunyai perkara yang
lebih utama yang dia perlu selesaikan.
Jangan biarkan masa
berlalu dengan sia-sia
>Jika anda sudah
berumur lanjut, mungkin anda akan
menoleh kebelakang dan memikirkan bahawa jika anda menggunakan masa muda dengan
penuh berhemah dan sangat bermanfaat, sudah tentu nasib anda jauh lebih baik
daripada sekarang. Memang nasib seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah swt,
tetapi Allah juga memberi kita pilihan dan peluang untuk menentukan nasib kita
sendiri. Sekaranglah masanya anda untuk tekun menggunakan setiap saat yang ada
dengan melaburkan usaha-usaha supaya saham-saham pada masa kelak akan meningkat
berlipat kali ganda.