Mati merupakan suatu yang tidak dapat dielakkan oleh setiap benda hidup.
Surah Al Anbiyaa 21:
034. Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?
035. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
034. Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?
035. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
Mati merupakan perkara yang pasti berlaku walaupun kita berusaha untuk mengelaknya dengan pelbagai cara, walaupun kita telah memasang dinding yang tinggi lagi kukuh mahupun dengan penciptaan ubat terbaru untuk mencegah pelbagai penyakit.
Allah telah berfirman di dalam al-Qur'an bahawa setiap benda hidup pasti akan mati. Oleh itu, hendaklah kita sebagai manusia bersedia menghadapinya. Nilai kembali diri sendiri, adakah amalan yang kita lakukan cukup dan diterima oleh Allah SWT?
Adakah kita benar-benar layak untuk terhindar daripada azab kubur?
Adakah kita dapat menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh malaikat Allah Munkar & Nankir?
Jika kita merasakan bahawa kita telah banyak berbuat dosa dan meninggalkan kewajipan yang diperintahkan, ketauhilah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Janganlah kita putus harapan daripada rahmat Allah. Walaupun seberapa banyak dosa yang kita lakukan, sekiranya kita bertaubat seikhlas hati kita, InsyaAllah, dengan sifat Maha Pengampun-Nya kepada hamba-Nya, dosa kita akan diampunkan, kecuali dosa Syirik.
Jika kita benar-benar yakin akan hari kemudian dan kita telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang mukmin, maka segala cubaan yang kita hadapi di dunia ini akan dirasakan sangat kecil, dan terasa mudah bagi kita menempuhinya.
~Hari anda adalah sekarang, hari anda adalah sekarang ;
Berfikir dan bersyukurlah ;
Jangan marah~
Happy alwayz! : D