Tuesday, December 7, 2010

TVAlhijrah


Sumber : Wikipedia


TV Al-Hijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM[1] Ketua Pegawai Eksekutif TV-Al Hijrah, Bukhari Che Muda.
TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah KlangTerengganuMersingSabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti IranIndonesiaTurki dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV-Al Hijrah.

Frekuensi

  • Lembah Klang - 743.25 MHz
  • Terengganu - 631.25 MHz
  • Johor Timur, Kepulauan Johor & Selatan Pahang (Menara Transmisi Bukit Tinggi, Mersing)- 623.25 MHz
  • Sarawak - 599.25 MHz
  • Sabah - 599.25 MHz
  • Pahang (Pahang Timur) - Pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan Saluran 22 Frekeunsi UHF 475.25 Mhz


No comments:

Post a Comment