Tuesday, December 7, 2010

Don't be Sad~~~~

**********************************

****************

JANGAN BERDUKACITA JIKA ADA YANG CUBA 
MENGHALANG DAN BERMASAM MUKA

Imam pengamal tasawuf terkenal, Sufyan Ath-Thauri menghasilkan beberapa rangkap puisi yang sangat indah dan menyentuh perasaan setiap orang mukmin:
Engkau tidak perlu membuka pintu untuk meminta
ketika orang tidak mahu memberi garam dan sepotong roti
Minumlah dari air sungai Furat
dan berikan untuk minum orang yang makan bubur
Bersendawalah mengikut mereka
seolah-olah engkau ikut berebut kuih-kuih mereka

“Satu pondok yang dibuat dari kayu, khemah yang dibuat dari kain, dan roti gandum adalah lebih mulia, selagi kita mampu menjaga kehormatan kita, daripada istana yang bagus, taman yang rendang namun dipenuhi dengan keresahn dan kebimbangan.”

Ujian itu tidak ubah seperti penyakit, apabila tiba masanya nanti pasti akan sembuh. Sesiapa terburu-buru untuk membuangnya maka keadaan tubuhnya semakin lemah dan semakin parah. Begitu pulalah dengan musibah dan ujian, apabila tiba masanya nanti akan hilang bersama bekas-bekasnya. Sebab itu, kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar, dan sentiasa berdoa.

******************

*************************************dipetik daripada buku La Tahzan (Jangan Bersedih) oleh Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

No comments:

Post a Comment