Tuesday, December 7, 2010

Don't be Sad~~

**********************************

****************

JANGAN BERDUKACITA, HALAULAH
SETIAP PENGACAU!

Orang mukmin yang tidak ada sebarang kegiatan bermakna ia sedang dalam kelalaian, kekosongan adalah musuh yang membinasakan, dan kesenggangan adalah satu kemalasan. Dan kebanyakan orang yang selalu susah hati dan hidup dalam kecemasan adalah mereka yang terlalu banyak waktu senggangnya dan sedikit aktivitinya.
Manakala manfaat yang mereka perolehi dari semua itu adalah hanya sekadar desas-desus dan omong kosong yang tidak mendatangkan manfaat. Demikianlah keuntungan yang juga dicapai oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan mendatangkan pahala.
Justeru, kamu hendaklah sentiasa bergerak, bekerja, mencari, membaca, membaca Al-Quran, bertasbih, menulis atau mengunjungi sahabat. Gunakan waktu sebaik-baiknya, dan jangan biarkan ada satu minit pun yang terbuang sia-sia. Ingat, sehari sahaja anda kosong tidak bergerak, nescaya kebimbangan, keresahan godaan dan bisikan syaitan akan mudah menyelinap dalam tubuh anda. Dan jika sudah demikian maka anda akan menjadi lapangan permainan para syaitan.

******************

*************************************dipetik daripada buku La Tahzan (Jangan Bersedih) oleh Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

No comments:

Post a Comment